Hal Ehwal Zakat
Makna
Syarat wajib zakat
Mengapa wajib zakat
Zakat pendapatan
Zakat simpanan
Zakat perniagaan
Zakat saham
Zakat Emas
Zakat Tanaman
Zakat Ternakan
Zakat KWSP
Zakat fitrah
   
   Golongan yang berhak menerima zakat
Golongan Fakir
Golongan Miskin
Amil Zakat
Golongan Muallaf
Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
Orang yang berhutang
Fi Sabilillah
Ibnu Sabil
  GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT : GOLONGAN FAKIR
 


1). Fakir ialah orang yang memerlukan bantuan di mana mereka tidak memperolehi hasil pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan asas mereka sesuai mengikut kebiasaan masyarakat tertentu. Mereka adalah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pendapatan yang halal mengikut pendapat jumhur ulama fekah atau orang yang memiliki harta kurang dari kadar nisab syar'ie zakat mengikut pendapat mazhab Hanafi. Kedudukan mereka lebih teruk daripada kedudukan orang-orang miskin dan ada pendapat yang mengatakan sebaliknya. Dari sudut ilmiah, perbezaan ini tidak akan memberi apa-apa kesan kerana kedua-duanya sama ada orang-orang yang fakir dan orang-orang yang miskin sama-sama terdiri dari golongan yang berhak menerima zakat.

2). Orang fakir berhak mendapat zakat sekadar yang cukup untuk memenuhi keperluan asasnya selama setahun kerana zakat dikeluarkan berulang kali pada setiap tahun. Kriteria keperluan asas yang boleh disumbangkan oleh zakat untuk orang-orang fakir adalah sesuai mengikut keperluannya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain yang perlu mereka dapati sesuai mengikut keadaannya tanpa berlebih-lebihan atau terlalu jimat, perkara ini perlu diambil perhatian oleh orang fakir sendiri dan orang yang mengeluarkan sumbangan.

3). Di antara golongan yang boleh menerima zakat yang termasuk di dalam kategori fakir setelah mereka terbukti mempunyai syarat-syarat memerlukan bantuan dan mereka tidak mempunyai sumber kemasukan atau harta, tidak mempunyai keluarga yang boleh menanggung keperluannya sama ada yang ditetapkan oleh syarak ataupun undang-undang seperti: Anak yatim, anak pungutan, janda, orang tua, orang yang terlalu tua, orang yang sakit, orang yang cacat, orang yang mempunyai pendapatan yang rendah, pelajar, penganggur, tahanan penjara, orang-orang yang kehilangan ahli keluarga dan tawanan.





 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002