Hal Ehwal Zakat
Makna
Syarat wajib zakat
Mengapa wajib zakat
Zakat pendapatan
Zakat simpanan
Zakat perniagaan
Zakat saham
Zakat Emas
Zakat Tanaman
Zakat Ternakan
Zakat KWSP
Zakat fitrah
   
   Golongan yang berhak menerima zakat
Golongan Fakir
Golongan Miskin
Amil Zakat
Golongan Muallaf
Hamba yang ingin memerdekakan dirinya
Orang yang berhutang
Fi Sabilillah
Ibnu Sabil
  GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT : FI SABILILLAH
 


1). Apa yang dimaksudkan dengan golongan yang berhak menerima zakat (Fi Sabilillah) adalah orang berjuang di jalan Allah dalam pengertian yang sangat luas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama fekah adalah dengan maksud untuk menjaga agama dan meninggikan kalimah Allah (kalimah tauhid) seperti berperang, berdakwah, berusaha menegakkan hukum Islam, menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam dan membendung arus pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian pengertian jihad tidak hanya terbatas kepada kegiatan ketenteraan sahaja.

2). Bahagian zakat untuk golongan ini diagehkan kepada pejuang-pejuang mujahidin, pendakwah yang menjalankan dakwah secara sukarela serta pihak-pihak lain yang menguruskan hal ehwal jihad atau dakwah termasuk kos peralatan perang, kelengkapan dan pelbagai jenis kemudahan untuk menjalankan dakwah termasuk seluruh nafkah (perbelanjaan) yang diperlukan oleh para pejuang dan pendakwah. Pengertian fi sabilillah juga merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Membiayai pergerakan tentera penggempur yang bertujuan untuk mengangkat panji Islam dan melawan serangan musuh yang dilancarkan terhadap umat Islam yang berada di setiap pelusuk negara mereka.
b. Membantu pelbagai kegiatan kebaikan yang dilakukan oleh orang perseorangan ataupun kumpulan tertentu yang bertujuan untuk melaksanakan hukum Islam (perundangan Islam) dan menegakkan hukum Allah di seluruh negara umat Islam dan memerangi kesemua perancangan jahat musuh Islam yang berusaha untuk menghapuskan akidah umat Islam serta menyingkirkan syariat Islam dari pemerintahan.
c. Membiayai pusat-pusat dakwah Islam yang dikelolakan oleh tokoh-tokoh Islam yang ikhlas dan benar-benar jujur di dalam negara bukan Islam dengan tujuan untuk menyebarkan Islam melalui pelbagai cara yang betul sesuai mengikut keperluan semasa. Manakala masjid-masjid yang didirikan di negara bukan Islam pula boleh dilaksanakan sebagai pusat untuk melaksanakan dakwah Islam.
d. Membiayai segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan kedudukan golongan minoriti Islam yang tinggal di negara yang dikuasai oleh orang bukan Islam dan yang sedang menghadapi perancangan jahat musuh Islam untuk menghapuskan umat Islam yang masih berbaki di negara meraka

 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002