|
Solat dalam islam adalah
menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi
oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang
agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya.
Dalam hal ini Rasulullah r
bersabda :
رأس الامر الاسلام ، وعموده
الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.
“Pokok
urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah
solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
Disamping
itu solat juga merupakan tiang agama dari semua
amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah
satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana
hadis Rasulullah r
:
أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ
يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ
صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ
سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)
“Amalan
yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari
seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika
solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya
sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah
pula seluruh amalannya .”
|