Hal Ehwal Puasa Fardhu
Pengertian
Hukum Puasa
Syarat-syarat Wajib Puasa
Syarat-syarat Sah Puasa
Rukun Puasa
Perkara-perkara yang membatalkan Puasa
Sunat-sunat Puasa
Hari-hari yang Diharamkan Berpuasa
Hukum Bersetubuh Pada Bulan Ramadhan
Ringkasan
  PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM PUASA
 


Pertama :
Segerakan berbuka puasa setelah pasti terbenamnya matahari.

 

Sabda Rasulullah SAW. :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

 

Maksudnya : Manusia akan tetap berkeadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka

 

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

 

Kedua : Menangguhkan sahur keakhir  waktu .

 

Dalam satu Hadis :

 

إن تأخير السحور من سنن المرسلين

 

Maksudnya : Sesungguhnya melewatkan bersahur itu adalah sunnah Para Rasul

 

(Diriwayatkan oleh Ibn. Hibban)

 

Ketiga : Meninggalkan perkataan yang tidak elok , seperti berbohong , mengumpat , menfitnah dan sebagainya daripada perkara-perkara yang haram.

 

Sabda Rasulullah SAW.

 

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

 

Maksudnya : Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya maka Allah tidak mempunyai hajat padanya dalam dia meninggalkan makanan dan minumannya (puasanya sia-sia).

 

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

 

 

 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002