Mandi-mandi Sunat
Mandi Sunat Jumaat
Mandi Sunat Dua Hari raya
Mandi Sunat Istisqa'
Mandi Sunat Gerhana
Mandi Memandikan Mayat
Mandi Selepas Masuk Islam
Mandi Sembuh dari Gila
Mandi Sunat Ihram
Mandi Hendak Masuk Mekah
Mandi Hendak Wukuf
Mandi Bermalam di Muzdalifah
Mandi Hendak Melontar
Mandi Tawaf Ifadhoh & Wida'
  Mandi Sunat Jumaat
 

 

Mandi sunat ini hanyalah disunat kepada mereka yang hendak sembahyang jumaat, sekalipun tidak wajib ke atas mereka itu mengerjakan sembahyang jumaat, seperti hamba sahaya dan orang-orang perempuan.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

مَنْ أَتَى الجمعة مِنَ الرجال والنساء فَلْيَغْتَسِل , ومَنْ لَمْ يأتِها فليس عليه  شيء .

رواه البيهقي بسند صحيح

Maksudnya : Sesiapa dari kalangan lelaki dan perempuan yang hendak mengerjakan sembahyang jumaat, hendaklah mandi. Dan sesiapa yang tidak berkehendak mengerjakan sembahyang jumaat, tidaklah perlu ke atasnya mandi.

KAIFIAT / MASA MANDI

Waktu untuk mandi sunat jumaat ini ialah bermula dari terbit fajar Sidiq, walaupun begitu waktu yang paling afdal ialah mandi ketika hendak pergi ke masjid menunaikan fardhu jumaat.

 

 
 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002