PUASA-PUASA SUNAT

 

 

PUASA ISNIN DAN KHAMIS.


Dalil tentang sunat berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis

Hadis Rasulullah s.a.w :

عن عائشة قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحرى صوم الإثنين والخميس

(رواه الترميذي)

Maksudnya :

Daripada Aisyah r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam berpuasa pada hari isnin dan khamis.

 

PUASA 3 HARI DALAM SEBULAN.

 


Dalil tentang sunat berpuasa pada 3 hari setiap bulan

Hadis Rasulullah s.a.w :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بصيام ثلاثة أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Hadis Rasulullah s.a.w :

عن قتادة بن ملجان رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرونا بصيام البيض ثلاث عشرة وأربع عشرة وخمس عشرة

(رواه الترميذي)

Maksudnya :

Daripada Qatadah bin Miljan r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kami puasa pada hari-hari cerah (bulan purnama) iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.

 

PUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL


Dalil dan kelebihan puasa ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر .

(رواه أحمد )

Maksudnya :

Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.

 

PUASA SUNAT PADA * ZULHIJJAH


Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah.

 

PUASA HARI ARAFAH


Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :

صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

(رواه الجماعة إلا البخاري والترميذي)

Maksudnya :

Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.

 

 

PUASA SEPULUH HARI DI BULAN DHUHA


Kelebihan berpuasa di hari ini

Hadis daripada Ibu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام يعني أيام العشر قالوا : يا رسول الله ! ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك شيء .

(رواه البخاري)

Maksudnya :

Tidak ada mana-mana hari-hari beramal padanya yang lebih disukai oleh Allah SWT. dari hari-hari ini iaitu hari kesepuluh daripada bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! walaupun jihad pada jalan Allah ? Sabda Rasulullah : Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya (Syahid).

 

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM


Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan  baginda menyuruh orang supaya berpuasa.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

 

PUASA BULAN REJAB


Kelebihan berpuasa di bulan ini.

Sabda Rasulullah s.a.w :

إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر .

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

 

 

PUASA BULAN SYAABAN


Puasa di bulan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w :

Hadis daripada Aisyah r.a. katanya :

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا شهر رمضان وما رأيته في شهر أكثر منه صياما في شعبان .

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w telah menyempurnak puasa selama sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah telah berpuasa dalam sebulan lebih daripada puasa baginda pada bulan Sya’aban.