Solat-solat Sunat
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Wudhuk
Solat Sunat Musafir
Solat Sunat Jumaat
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Solat Dhuha
Solat Tahajjud
Solat Witir
Solat Terawih
Solat Gerhana
Solat Istisqa'
Solat Hari Raya
Solat Sunat Taubah
Solat Istikharah
Solat Sunat Mutlak
Solat Sunat Tasbih
Solat Hajat
Solat Sunat Ihram
Solat Sunat Tawaf
Solat Sunat Nikah
Solat Sunat Azan
Solat Sunat Awwabin
   
  Solat Sunat Gerhana
 

 

Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan  tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya : "Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu."

CARANYA :

            Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. rukuk.
  4. I'tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. rukuk.
  7. I'tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.

NIAT

الخُسُوْفِ  : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

 

 
 
 
     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002