|
Solat
ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada
Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan
kerana waktu kemarau yang panjang.
PERKARA
YANG PERLU DILAKUKAN:
Puasa
tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan
meninggalkan segala dosa dan kezaliman.
Pada hari yang keempat,
semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian
sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu
binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.
Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh
supaya memperbanyakkan membaca istighfar.
Pada rakaat pertama sesudah
membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma
Rabbikal A'la, dengan suara keras. Dan pada rakaat
kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
Sesudah itu, khatib harus
membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama
dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada
khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.
NIAT
أُصَلِّي
سُنَّةَ
الإِسْتِسْقَاءِ
رَكْعَتَيْنِ
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku menunaikan solat ististiqa' 2
rakaat kerana Allah Taala.
DOA
الْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِين
. الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
مَالِكِ
يَوْمِ الدِّيْنِ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
يَفْعَلُ
مَا يُرِيْدُ
، اللَّهُمَّ
أَنْتَ اللهُ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
. أَنْتَ الْغَنِّيُ
وَنَحْنُ
الْفُقَرَاءُ
، أَنْزِلْ
عَلَيْنَا
الْغَيْثَ
وَاجْعَلْ
مَا أَنْزَلْتَ
عَلَيْنَا
قُوَّةً
وَبَلاًغًا
إِلَى حِيْنَ
.
Maksudnya
: "Segala puji bagi Allah pemelihara alam
semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang
berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah
Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha
Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah
kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau
turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.
DOA2
LAIN
اللَّهُمَّ
أَغِثْنَا
، اللَّهُمَّ
أَغِثْنَا
، اللَّهُمَّ
أَغِثْنَا
Maksudnya : "Ya Allah siramilah
kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah
kami"
اللَّهُمَّ
اسْقِنَا
غَيْثًا
مُغِيثًا
مَرِيئًا
مَرِيعًا
نَافِعًا
غَيْرَ ضَارٍّ
عَاجِلًا
غَيْرَ آجِلٍ
Maksudnya : "Ya Allah siramilah
kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi
manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat"
اللَّهُمَّ
اسْقِ عِبَادَكَ
وَبَهَائِمَكَ
وَانْشُرْ
رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ
بَلَدَكَ
الْمَيِّتَ
Maksudnya : "Ya Allah siramilah hambaMu dan
haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu
dan hidupkanlah negeriMu yang mati"
|