|
Solat
Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat
fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.
Solat
sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian
:
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping
itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori
:
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib
yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut
:
- 2 Rakaat sebelum Solat
Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat
Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat
Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat
Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat
Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat
seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat
Zohor
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat
Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat
Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda
Rasulullah s.a.w :
عن
عبد الله
بن عمر قال
حفظت عن رسول
الله صلى
الله عليه
وسلم ركعتين
قبل الظهر
وركعتين
بعد المغرب
وركعتين
بعد العشاء
وركعتين
قبل الغداة
(متفق
عليه)
Maksudnya : Dari
Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz)
dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor,
dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah
Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."
(Muttafaq
‘alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB
- Sekiranya sebelum solat Fardhu
di sebut : قَبْلِيَّةً
- Sekiranya selepas solat Fardhu
di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh
yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي
سُنَّةَ
( الظُّهْرِ
/ العَصْرِ
/ المَغْرِبِ
/ العِشَاءِ
/ الصبح ) رَكْعَتَيْنِ
(قَبْلِيَّةً
/ بَعْدِيَّةً
) لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja
aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak
/ Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana
Allah Taala.
|