|
Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit
dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas
tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan
solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah
datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai
bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit
2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.
DALIL
Firman Allah Taala :
ومن
الليل فتهجد
به نافلة
لك عسى أن
يبعثك ربك
مقاما محمودا
Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau
bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu.
Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke
suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"
NIAT
أُصَلِّي
سُنَّةَ
التَهَجُّدِ
رَكْعَتَيْنِ
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat
kerana Allah Taala.
DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي
الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي
الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
"Wahai
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari
azab neraka"
اللَّهُمَّ
لَكَ الْحَمْدُ
أَنْتَ نُوْرُ
السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ
، وَلَكَ
الْحَمْدُ
أَنْتَ قَيَّامُ
السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ
وَلَكَ الْحَمْدُ
أَنْتَ رَبُّ
السَمَوَاتِ
وَالأَرْضِ
وَمَنْ فِيْهِنَّ
أَنْتَ الْحَقُّ
، وَوَعْدُكَ
الحَقُّ
، وَقَوْلُكَ
الحَقُّ
، وَلِقَائُكَ
الحَقُّ
، وَالْجَنَّةُ
حَقٌ ، وَالنَّارُ
حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ
حَقٌ ، اللَّهُمَّ
لَكَ أَسْلَمْتُ
وَبِكَ آمَنْتُ
، وَعَلَيْكَ
تَوَكَّلْتُ
، وَإِلَيْكَ
أَنَبْتُ
، وَبِكَ
خَاصَمْتُ
، وَإِلَيْكَ
حَاكَمْتُ
، فَاغْفِرْلِي
مَا قَدَّمْتُ
وَأَخَّرْت
وَأَسْرَرْتُ
وَأَعْلَنْتُ
، أَنْتَ
إِلَهِي
، لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya
di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau
yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian,
Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala
yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar,
dan janji engkau adalah benar, dan percakapan
Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau
adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka
adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya
Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu
aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan
kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu,
dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa
yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan
dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan
Engkau"
Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak,
sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil
istighfar.
اللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
خَلَقْتَنِي
وَأَنَا عَبْدُكَ
وَأَنَا
عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ
مَا اسْتَطَعْتُ
أَعُوذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ مَا
صَنَعْتُ
أَبُوءُ
لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ
وَأَبُوءُ
لَكَ بِذَنْبِي
فَاغْفِرْ
لِي فَإِنَّهُ
لاَ يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ
إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya :
"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan
melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku
dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah
dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung
denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan,
aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan
aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku,
maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan
segala dosa melainkan Engkau"
|