|
Solat sunat
taubat ialah solat sunat yang dilakukan sesudah
seseorang melakukan perbuatan dosa atau merasa
berbuat dosa, lalu bertaubat kepada Allah. Dengan
berjanji tidak akan mengulanginya.
DALIL
Sabda
Rasulullah s.a.w :
ما
من رجل يذهب
ذنبا ثم يقوم
فيتطهر ثم
يصلى ثم يستغفر
الله إلا
غفر له ثم
قرأ هذه الأية
، والذين
إذا فعلوا
فاحشة أو
ظلموا أنفسهم
ذكرو الله
فاستغفرو
لذنوبهم
ومن يغفر
الذنوب إلا
الله ولم
يصروا على
ما فعلوا
وهم يعلمون
. أولئك جزاءهم
مغفرة من
ربهم وجنات
تجري من تحتها
الأنهار
خالدين فيها
. ( رواه أبو
داود والنسائي
وابن ماجه
)
Maksudnya
: "Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan
dosa, kemudian segera bangun dan berwudhuk. Kemudia
solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah
akan memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca
surah ini : " Mereka yang pernah mengerjakan kejahtaan
atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri,
lalu mereka segera ingat kepada Allah, terus memohon
ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang akan
mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah
itu mereka insaf dan sedar bahawa ia tidak akan
mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang
sudah-sudah, maka mereka itu akan diberi pahala
dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air
sungai, dan di situlah tempat mereka kekal abadi"
Selepas
selesai dari solat, maka beristighfarlah banyak-banyak.
Antara istighfar yang baik ialah penghulu istighfar
:
اللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
خَلَقْتَنِي
وَأَنَاعَبْدُكَ
وَأَنَا
عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ
مَا اسْتَطَعْتُ
أَعُوذُ
بِكَ مِنْشَرِّ
مَا صَنَعْتُ
أَبُوءُ
لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ
وَأَبُوءُ
لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ
لِي فَإِنَّهُ
لاَيَغْ فِرُ
الذُّنُوبَ
إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan
Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah
hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu
sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari
kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku
bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku
dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya
tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa
melainkan Engkau"
Diriwayatkan
oleh Bukhari
|