|
Tarawih
ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat
isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih
ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh
dilakukan sama ada secara individu atau secara
berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya
8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan
3 witir.
DALIL
Sabda
Rasulullah s.a.w :
كان
رسول الله
صلى الله
عليه وسلم
يرغب في قيام
رمضان من
غير أن يأمر
فيه بعزيمة
فيقول ، من
قام رمضان
إيمانا واحتسابا
غفر له ما
تقدم من ذنبه
Maksudnya : "Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan
solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya.
Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan
Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa
iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah
dosa-dosanya yang telah lalu".
Cara
yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan
2 rakaat demi 2 rakaat.
NIAT
أُصَلِّي
سُنَّةَ
التَّرَاوِيْحِ
رَكْعَتَيْنِ
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat
kerana Allah Taala.
|