|
Salah
seorang ulama besar negeri Kelantan yang
masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok
Bunut Payong yang terkenal ke seluruh Semenanjung
itu. Seangkatan dengan Haji Ali Pulau Pisang,
Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Saad
Kangkong, Haji Ahmad Batu Tiga Repek, Haji
Saleh Pedada dll.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu
pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897
, bapanya Hj. Ahmad Mohd Zain yang berasal
dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat
sebagai Imam Tua di Masjid Langgar , Kota
Bharu (berkhidmat sehingga 1920).
Sesudah berguru selama 15 tahun
dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah
suci Makkah mendalami pengajiannya . Antara
lain mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor,
Syeikh Said al-Yamanil, Syeikh Mohd. Ali
al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta
menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat
Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.Bagaimanapun
, khidmatnya tidak lama kerana pada1931
, beliau memulakan kegiatan keguruannya
sendiridi Bunut Payong yang diberi nama
Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian
terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung
Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang
barpretasi tinggi di Kelantan.
Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan
Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab
hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal
sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar
serta mengamalkan disiplin diri yang keras
lagi tegas. Kerana kegigihannya yang sedimikian
maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong
berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi
seperti Hj. Husian Rahimi , Hj. Nik Man
Sungai Budor ,Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh,
Hj. Ismail Padang Lepai , Hj. Abdullah Kok
Lanas, Hj. Omar Bemban, Hj. Abdul Rahman
Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj.
Noor Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud
Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali
Pulai Chondong, HJ. Zakaria Selising, Hj.
Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiong, Hj. Yahya
Joned Gurun , Hj. Ibrahim Bongek , Hj. Abdul
Wahid Sungai Udang ,Hj. Husain Umbai , Hj.
Ahmad Relai , Hj. Hasanuddin Berhala Gentang
, Hj. Ismail Phuket , Hj. Ghazali Mundok.
Kerana ketokohannya juga beliau
di lantik menggotai Jemaah Ulama Majlis
Agama Islam Kelantanbeberapa pengawal (seawal
1932). Kematian fuqaha inipada pukul 7.20
pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan
15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan
kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi
budaya ilmu dan dakwah ialaminya.
-Ismail Che Daud-
|