|
Syeikh
tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini
selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi
Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd Said Linggi.
Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong
Kemudu.
Nama penuh ahli sufi ini ialah Haji
Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi.
Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu
sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah bt. Hj.
Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji
Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal
dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala
bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal
dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya, Haji Awang
Limbat,Haji Sulaiman Kubang Kachang,Tok
Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi,
Haji Nik Abdullah Khatib,Yaakub Legordan
Tok Khurasan.
Di kota Makkah pula, antara lain
beliau mendalami pengajiannya dengan SyiekOmar
Hamdan, Syiek Mohd . Ali al-Maliki , Syeikh
Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani,
Syeikh Muhammad al-Azhari Syeikh Mohd. Shafie
kedah(tok Shafie). Kedua-dua penama akhir
inilah yang banyak mencurahkan amalan terekat
Ahmadiyah (termasuk ilmu Ihsanudin) kepadanya.
Peringkat awalnya kurang mendapat
sambutan- mungkin kerana namanya belum terserlah.
Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya
mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuludin,
furu'uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin
yang menjurus kepada pengamalan zikir terekat
kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk
kemudahan murid-muridnya beliau mengulang
cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid
wa al-Fawaid (cetakan pertama 1965), dan
pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan
Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat
8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia
di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang
maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar
1396 bersamaan 1 Februari 1976.
Warisan ilmunya kini desebarkan
pula oleh tokoh-tokoh seperti tuan Guru
haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung
Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang
buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat
popular itu), Ustaz Wan Hasan Bukit Tanah
(ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs Abdul Rahman
haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah
Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. hamdan
Hassan (Universiti Brunei Darussalam)
-Ismail Che Daud
|