|
Tokoh
ulama perantau. 'Khatib Masjid Muhammadi
dekad 1940-an yang paling popular.Lahir
sezaman dengan Mufti Haji Idris, Dato Perdana
Haji Nik Mahmud, Tok Seridik dan Syeikh
Osman Jalaluddin al-Kalantani.
Nama penuhnya ialah Haji Ismail
bin Haji Abdul Majid, tetapi lebih dikenali
dengan panggilan Haji Ismail Pontianak kerana
lamanya beliau berkelana dan bermastautin
di Pontianak (Kalimantan Barat), bahkan
pernah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Pontianak
- berkhidmat selama suku abad (1910 - 1935).
Meskipun demikian, Haji Ismail akhirnya
kembali menetap di Kelantan.Kerjaya awal
tokoh lepasan Makkah ini dalam Perkhidmatan
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) BERMULA
PADA 1Januari 1940 apabila beliau dilantik
menjadi guru kitab di Jami' Merbau al-Ismaili
dengan gaji permulaan $47.50 sebulan.Selanjutnya,
beliau dipilih menganggotai Jemaah Ulama
MAIK (10 April 1940 hingga 8 Februari 1947).Selain
daripada itu, dilantik sebagai Penterjemah
Arab (semenjak 1 Julai 1941).
Zaman gemilang perkhidmatannya bermula
pada 1 Mei 1943 apabila beliau dilantik
menjadi Khatib di Masjid Muhammadi, Kota
Bharu.Berbeza dengan tok-tok khatib sebelumnya
yang masih terikat dengan nota atau teks
Arab sepenuhnya, Haji Ismail memperkenalkan
khutbahnya secara spontan, dalam bahasa
ibunda pula, terbukti sangat berkesan.Walaupun
khutbahnya agak panjang, tetapi ahli jemaah
tidak bosan.Ini kerana beliau bijak menyusun
kata, pandai menyelit ungkapan bahasa "segar"
bersesuaian dengan suasana yang mampu membuat
sidang hadirin tidak jemu atau mengantuk.Beliau
bukan sahaja popular di kalangan ahli jemaah
dan anak-anak muridnya, malahan sangat disenangi
oleh Sultan Ibrahim sehinggakan dilantik
menjadi guru agama merangkap Imam di Istana
baginda.
Khatib panutan ini meninggal di
rumahnya, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu
pada tengah malam Isnin 18 Muharram 1370
bersamaan 29 Oktober 1950 dan dikebumikan
di Kg. Labok, Machang - kampung asalnya.
Satu-satu pusaka penulisan beliau
yang diketahui sempat dicetak edar ialah
Kitab Pedoman Kemuliaan Manusia (cetakan
pertama 1938), setebal 320 muka iaitu sebuah
karya "bunga rampai".
-Ismail Che Daud
|