Ahli tasawuf berpendirian tegas.Bergiat
berzaman dengan Tok Selehong,Haji. Che Leh
Kg Laut,Tengku Mahmud [Syeikhul Islam Selangor].Putera
kedua TuanTabal dan adik kandung Mufti Haji
Wan Muhammad,juga abang kepada Haji Nik
Abdullah Khatib.
Nama penuhnya ialah Haji Wan Musa
bin Haji Abdul Samad.Bapanya,Haji Abdul
Samad bin Mohd Saleh al-Kalatani[lebih masyur
dengan gelaran Tuan Tabal] ialah penyebar
printis tarekat Ahmadiyah di rantau ini,juga
tergolong ulama pengarang yang banyak menulis
kitab jawi -terpentingnya Minhat al-Qarib
[1883].
Haji Wan Musa adalah seorang rakan
seperguruan Tok Kenali ,terkenal denga fikiran-fikiran
yang berani tetapi kontroversi. Namun, beliau
terpilih dan ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan
Kelantan selepas penguduran Mufti Haji Wan
Ishak pada awal 1909.
Sikapnya yang tegas serta pandangan-pandangan
nya yang cenderong kepada reformasi telah
menyerat beliau ke kancah pertelagahan pendapat
dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" seperti Haji
Omar Sungai Keladi ,Haji Ibrahim Tok Raja
,Haji Ismail Kemuning dan Haji Ahmad Abdul
Mannan. Di luar Kelantan pula, beliau pernah
berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani
-penulis Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah
balas pendapat Haji Wan Musa. Antara
persoalan kontroversi yang berbangkit sehubungan
dengan pendapat beliau ialah isu membina
masjid dengan harta zakat fitrah, hal muqaranah
sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang,
telfiq mazhab, pemindahan harta wakaf/pusaka
dan perbahasan jilatan anjing. Keyakinannya
kepada pendapat-pendapat yang pernah diluahkannya
serta partelingkahannya yang lama dengan
tokoh-tokoh "Kaum Tua" menyebabkan beliau
melepaskan jawatan Mufti pada pertengahan
1916.
Sebagai tokoh berwibawa, halaqat
pengajian disuraunya diJalan Merbau,Kota
Bharu berjaya melahirkan ramai pendakwah
pelapis yang mampu mengajar baik di sekolah
pondok mahupun di sekolah moden. Mereka
termasuk Hj. Saad Kangkong Pak Su Wan Adam
Kg. Laut,Hj. Mohd Zain Meranti,Hj. Nik Mat
Alim Pulau Melaka, Hj. Abdul Wahid Melaka,
Hj. Ahmad Perak dan Hj. Ayyub Kemboja.Putera-putera
beliau sendiri pun tergolong alim ulama
yang disegani.Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan
ialah Hj.Nik Abdullah, Hj. Nik Mat Nazir
,Hj. Nik Mud , Hj. Nik Leh dan Hj. Nik Mat
Din.Pusaka lainnya ialah dua buah risalah
terjemahan yang selesai disusun seawal 1906
lagi. Mufti Haji Wan Musa kembali ke alam
baka pada 3.00 petang Sabtu 24 Zulkaedah
1357 bertepatan 14 Januari 1939 dan dikebumikan
di tanah perkuburan Kg. Banggol, Jalan PCB,
Kota Bharu .
-Ismail Che Daud
|