|
Salah
seorang guru gama paling terkemuka diKota
Bharu pada suku kedua abad ke 20 masihi.
Murid kanan Tok Kenali yang sebarisan dengan
Haji Saad Kangkong, Haji Ali Pulau Pisang
, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, Haji
Mat Jebeng, Haji Ahmad Batu Tiga Repek dll.
Nama lengkap tokoh ulamak yang berkediaman
di Lorong Gajah Mati , Kota Bharu ini ialah
Haji Yaakub bin Haji Ahmad.
Kerjaya awalnya bermula sebagai
kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan
pernah ditugaskan mengambil peringatan mesyuarat
Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK). Mulai 1 April 1992, dilantik sebagai
guru di Madrasah Muhammadiah ( Sekolah Melayu
Majlis ) dengan gaji permulaan RM20 sebulan.
Selepas 15 tahun ( mulai ( mulai1 Julai
1938), bertukar menjadi guru kitab di Majlis
Muhammadi ( nama rasmi Masjid Besar Kota
Bharu) yang berperanan sebagai pusat pengajian
pondok terpenting di Kelantan ketika itu.
Gajinya meningkat kepada RM 28 sebulan .
Seterusnya mulai 1 Januari 1940 bertukar
ke Jami' Merbau al-Ismaili ( nama awal Maahad
Muhammadi ) aabila pengajian kitab di Masjid
Muhammadi berpindah kesitu. Gaji bulanannya
( sejak awal 1940 ) ialah RM34 dan beliau
kekal berkhidmat disitu sehingga 1945.
Antara murid-murid harapannya tersenarailah
nama nama seperti Tuan Guru Dato' Haji Nik
Abdul Aziz ( Menteri Besar Kelantan sekarang
), Dato' Haji Ismail Yusoff ( bekas mufti
kerajaan Kelantan), Tuan Guru Engku Haji
Syed Hassan Lemal, Tuan Guru Haji Awang
Nuh Beris Kubur Besar, Ustaz Wan Muhd Saghir
Kg. Baru , Pasir Pekan , Tuan Guru Haji
Abdul Wahid Subgai Udang (Melaka) dan Tuan
Guru Haji Ahmad Osman, Hutan Palas , Bukit
Keplu , Kodiang ( Kedah ). Kewibawaan dan
pengalaman luasnya sedemikian melayakkan
beliau dilantik mengganggitai jemaah ulamak
MAIK ( seawal 1932 ) beberapa penggal. Pada
mulanya beliau termasuk pengikut Sidi Muhammad
Al-Azhari (pengembang tarekat Ahmadiyah
dinegeri Kelantan) tetapi kemudian mengubah
sikap iaitu setelah beliau berdamping dengan
Maulana Tok Khurasan, guru perintis ilmu
hadis di Kelantan.
Tuan Guru Haji Yaakub meninggal
dunia di Kota Bharu pada waktu fajar hari
Sabtu 6 Jamadil awal 1376 bersamaan 8 Disember
1956 dengan meninggalkan antara lain tiga
orang putera yang dikenali ramai :- Dato
Haji Hussin ( ahli perniagaan ) - pewakaf
Masjid Al-Muttaqin di Lundang dan Masjid
al-Ihsan di Dusun Muda , Kota Bharu. Haji
Hassan ( Pengasas Pustaka Aman Press, Kota
Bharu dan pewakaf Sekolah Islam Aman Kota
Bharu ) Ustaz Yusoff Zaky @ Dato' Sri Setia
Panglima Di Raja ( pengarang terkemuka pengasas
Pustaka Dian Kota Bharu dan Perterjemah
Tafsir fi Zilal al- Quran.)
-Ismail Che Daud
|