Pondok-pondok di bawah PPPB
Madrasah Diniah Bakriah
(Pondok Pasir Tumbuh)
Madrasah Rahmaniah
(Pondok Lubuk Tapah)
Madrasah Muhammadiah
(Pondok Sungai Durian)
Madrasah Yusufiah
(Pondok Gelang Mas)
Madrasah Fununiah Tunjuniah
(Pondok Tunjung)
Pondok Berangan
Madrasah Tarbiah Atfal
(Pondok Talak)
Madrasah Dakwah Islamiah
(Pondok Seri Permai Seligi)
Madrasah Muhammadiah
(Pondok Beta)
Madrasah Darul Muttaqin
(Pondok Batu Gajah)
Madrasah Darul Ilmi
(Pondok Bukit Gading)
Darul Ansor
(Pondok La'loh)
Pondok An-Najmiah
(Pondok Geting)

Pondok-pondok bukan di bawah PPPB
Pondok Tuan Guru Haji Ismail (Jeneriah)
Pondok Dalam (Pasir Mas)
Madrasah Nasrullah (Pohon Buluh)
Pondok Tuan Guru Haji Sulaiman
Pondok Haji Mokhtar Siram
Pondok Lati (Pasir Mas)
Pondok Pak Su Wel (Kampung Dangar)
Pondok Haji Ghani
Pondok Jabo (Chekok)
Pondok Panglima Bayu
Pondok Bunut Payung
Pondok Muhammadiah (Padang Siam)
Pondok Hidayah
Pondok Bukit Panau
Pondok Tok Lebai Leh (Becah Bepeleting)
Pondok Tuan Guru
 
  Madrasah Rahmaniah
 

| Sejarah | Lokasi | Matlamat | Pentadbir | Kemudahan | Matapelajaran |
| Pelajar | Penduduk | Bekas Pelajar | Alamat |
SEJARAH PENUBUHAN
Pondok Lubuk Tapah atau Madrasah Rahmaniah ini diasaskan pada tahun 1931/32 oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Rahman B. Che Wan Senik (1902M-1989M)yang berukuran 40x30 kaki sahaja.

Catitan :
Haji Muhammad bin Lebai Abdul Latif seorang pendatang yang hanyut di laut  yang terdampar di pantai Ni ( Patani atau Pattani ).Seorang yang berkepandaian  dalam bidang bacaan Al Quran sehingga Raja Patani
melantiknya menjadi guru Quran

Kesudahannya Beliau berhijrah ke Kelantan lalu meneroka sebuah desa pada mulanya dikenali dengan panggilan kampung Tok Haji .Tapak perkampungan tersebut bertempat disekitar Stesen jana letrik Lemal .Akhirnya  kampung  Tok Haji dikenali sebagai kampung Lubuk Tapah

 
LOKASI
a)-Jarak dari Pusat Bandar ( Kota Bharu ) 16 KM
b)-Jarak dari Bandar Terdekat ( Pasir Mas )   4 Km.
 
MATLAMAT
  • Membangunkan serta mengembangkan  syiar Islam dan kegiatan keagamaan
  • Melahirkan golongan alim ulamak ,imam-imam masjid dan guru-guru agama
  • Membentuk dan mendidik pelajar-pelajar menjadi umat islam yang benar-benar faham dan dapati menghayati agama Islam .
 
CARTA ORGANISASI
 
PENGERUSI PENTADBIR

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman . Beliau dilahirkan pada pukul 3 00 petang ,hari jumaat, 11 febuari
1933 di pondok Lubuk Tapah

 

Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu  Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh.

Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci , Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut .Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah .

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib AlMandili , Syaikh Muhamad  Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi .

Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air . Sebelum beliau pulang ke tanah air , beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru ,ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di  tanah Suci Mekah selama satu minggu.

Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan , Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada
guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah .Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat .

Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah .

NAMA TUAN GURU / PENGAJAR  YANG PERNAH MENGAJAR BELIAU :

Al-Syaikh Pak Da Ismail bin Abdul Kadir Al –Fatani
Al-Syaikh Abdul Kadir Abdul Muttalib Al-Mandili.
Al-Syaikh Zakaria Bilal.
Al-Syaikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kalatani
Al-Syaikh Hasan Muhammad Al-Massat.
Al-Syaikh Sayyid Alwi Sayyid Abbas.
Al-Syaikh Muhammad Arabi.
Al-Syaikh Mokhtar Amfahani
Al-Syaikh Soleh Idris Al-Kalatani
Al-Syaikh Haji Abdul Rahman Daud Al –Fatani.
Al-Syaikh Muhmmad Noor Bahrani.
Al-Syaikh Sayyid Muhammad Amin.
Al-Syaikh Abdul Jalil Al-Indonisi

BIDANG ILMU ;
Feqah, Tauhid, hadis, usul, balaghah, qirat 7, faraid dan ilmu aufat.

 
AHLI JAWATANKUASA PENTADBIRAN
Jawatan Nama
KETUA PENTADBIR & PENASIHAT

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abd. Rahman

NAIB PENTADBIR & PENASIHAT (I) Tuan Haji Lokman bin Tuan Guru Haji Abdullah
NAIB PENTADBIR DAN PENASIHAT (II)
Tuan Haji Hamdan bin Tuan Guru Haji Abdullah
LAJNAH TARBIAH & DAKWAH 1. Ustaz Haji Zakaria Bin Sulaiman
2. Ustaz Haji Nawawi Bin Haji Abdul Somad
3. Ustaz Abdul Rahman Bin Omar
PRESIDEN

Ustaz Haji Mazdi Bin Su

TIMBALAN PRESIDEN
Ustaz Hazli Bin Mahmood
PENGERUSI TETAP
Ustaz Haji Amizu Bin Abdullah
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Ustaz Abdul Rahman Bin Ismail
SETIAUSAHA
Abdul Hamizul Bin Mohamed
PENOLONG SETIAUSAHA
Ustaz Abdul Hadi Bin Mat
KETUA LAJNAH PELAJARAN Ustaz Haji Zailani Bin Ismail
TIMBALAN KETUA LAJNAH KEBERSIHAN Ustaz Hassan Zahari Bin Idris
KETUA LAJNAH USRAH Ustaz Haji Amizu Bin Abdullah
TIMBALAN KETUA LAJNAH USRAH Ustaz Khuzuwan Bin Tawang
BENDAHARI Ustaz Haji Amizu Bin Abdullah
PEMERIKSA KIRA KIRA

1. Abdul Hamizul Bin Mohamed
2. Ustaz Azizul Bin Abdul Rasyid

AHLI JAWATANKUASA

1. Ustaz Abdul Razak Bin Osman
2. Ustaz Harun Bin Ali
3. Ustaz Haji Mohd Nasir Bin Mohd Akib
4. Ustaz Shamsuri Bin Hassan
5. Ustaz Uzair Bin Ghazali
6. Ustaz Zainol Amri Bin Mohd Zain

 
KEMUDAHAN PONDOK
  1. Asrama Muslim
  2. Asrama Muslimah
  3. Madrasah .
  4. Pejabat.
  5. Bilik Komputer
  6. Bilik Mesyuarat
  7. Masjid
  8. Pondok kelamin dan orang tua .
  9. Tandas dan bilik mandi lelaki
  10. Tandas dan bilik mandi perempuan
 
SISTEM PEMBELAJARAN

Umumi
Pelajar akan menadah kitab mengikut kemampuan dan minat Kitab yang diajar adalah kitab tua (turath)
samada Jawi atau arab dan     dari kitab-kitab asas sehinggalah kitab yang muktabar yang tinggi dalam
bidang tafsir , hadis , feqah , tauhid , tasawwuf , bahasa arab.

Kelas
 
TENAGA PENGAJAR :
Nama
Pendidikan
1.

Ustaz Haji Zakaria Bin Sulaiman.

Pengajian Pondok.

2.

Ustaz Abdul Rahman Bin Omar.

Pengajian Pondok.

3.

Ustaz Haji Mokhtar Bin Che Omar

Pengajian Pondok.

4.

Ustaz Haji Mohd Nor Bin Ahmad.

Pengajian Pondok.

5.

Ustaz Haji Amizu Bin Abdullah

Pengajian Pondok.

6.

Ustaz Haji Zailani Bin Ismail.

Pengajian Pondok.

7.

Ustaz Hassan Zahari Bin Idris

Pengajian Pondok.

8.

Ustaz Shamsuri Bin Hassan.

Pengajian Pondok.

9.

Ustaz Harun Bin Ali.

Pengajian Pondok.

10.

Ustaz Mohd Zuki Bin Hassan.

Pengajian Pondok.

11.

Ustaz Mohd Azim Bin Zainal.

Pengajian Pondok.

 
PELAJAR PONDOK
a) Jumlah pelajar lelaki : 160 pelajar
b) Jumlah pelajar perempuan : 35 pelajar
c) Jumlah warga tua : 160 orang
 
PENDUDUK PONDOK
Jumlah : 276 orang
Lelaki : 185 orang
Perempuan : 121 orang
 
BEKAS PELAJAR PONDOK
  1. Allahyarham Haji Ibrahim bin Haji Mamat - Guru Pondokk Kg. Pelah
  2. Haji Hussain bin Ibrahim - Bekas Adun Bukit Tuku
  3. Haji Muhammad Baqi bin Othman- Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang
  4. Hj. Hassan b. Che Musa - Qari Terkenal Imam Masjid Pengk.Chepa.
  5. Allahyarham Haji Yusuf bin Ibrahim ( Guru Pondok Kampung Jabo )
  6. Allahyarham Hj. Daud b. Hj. Jambul (Menantu Hj. Ab Rahman Kitab)
 
ALAMAT SURAT MENYURAT
Pondok Lubuk Tapah,
17200 Lemal, Pasir Mas, Kelantan.
Tel : 09-7908566
     
     
 



     Iqra' Soft © Hakcipta Terpelihara 2002