|
Ulama-ulama
Negeri Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Toko
Ulama Kelantan paling masyhur , malah termasuk antara
ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan
Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah
) Haji Abdul Fahim (Mufti Pulau Pinang) , Haji Abu
Bakar Alim (Muar) , Haji Mat Shafie Losong (Terengganu)
dll. Guru Pondok yang sangat dihormati bahkan hingga
sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut
ramai.
Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg.
Kenali , Kubang Kerian , Kota Bharu pada 1287H/1870M
ini ialah Haji Mohd Yusoff Ahmad.
Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H - 1327H).
Sangat alim dalam ilmu Tatabahasa Arab (nahu/soraf)
malahan beliaulah yang merintis kemasukkan mata
pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajin pondok
(sebelum itu, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan
tasawuf sahaja).
Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis
yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok
Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu
angkatan ulama pelapis yang paling berwibawa - bukan
sahaja di negeri Kelantan tetapi juga di luar negeri
Kelantan. Antara murid murid jempolannya termasuklah
Hj, Mat Jebeng (kemanakkannya), Hj. Che Mat Padang
Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering
(Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj.Yaakub
Lorong Gajah Mati, Haji Abdul Kadir Melor , Haji
Abdul Tahir Bunut Payong, Hj. Yusof Padang Bemban,
Haji Ismail Perol, Dato' Haji Ismail Yusoff, Hji
Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan
Haji Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun,
Dato' Haji Hassan Yunus al-Azhari (Menteri Besar
Johor) , Dato' Haji Abdul Rahim Yunus Bongek Rembau
, Syeikh Mohd Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar,
Haji Osman Bukit Besar , Haji Abdullah Abbas Nasution
Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Haji Hassan
Lampung, Haji Yaakub Legor dan Tok Lata (Pattani).
Di samping itu dua orang putera Tok Kenali sendiri
- Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd Salleh Kenali
(menetap di Makkah) - juga tergolong ulama dan pendakwah
yang berjaya besar.
Nyatalah rumusan…yang menyebut Kelantan sebagai
"Serambi Mekah" itu sangat terkait dengan kehebatan
dan kemasyhuran nama Tok Kenali.
Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya
pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan
19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian
.
- Ismail Che Daud |
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|